Nota: Penerangan lanjut di sini
Sedikit penerangan tentang isu halal Shaklee di Malaysia
Salam semua pembaca sekalian,
Dari dahulu, ramai pihak yang mempersoalkan status halal Shaklee. Sebagai contoh, antara soalan yang selalu ditanya:
"Eii, kenapa xda logo Halal ni? Halal ke?"
"Saya ada baca penggunaan Bovine dalam Omega Guard ni, di USA tu diorang sembelih ke lembu-lembu tu? Konpem?"
"Collagen Powder tu betul ke boleh ambil, sure ke Red Snapper Fish tu dengan seafood & tumbuhan je?"
Kadang-kadang tu naik tarah telinga mendengar semua-semua soalan yang diutarakan
Rakyat Muslim di Malaysia memang sangat prihatin serta mengambil berat tentang isu halal terutamanya bab makanan.
Jadi, pihak kami perlu menerangkan secara jelas berhubung perkara ni bagi mengelakkan salah faham.
Persoalan ini memang selalu timbul ya, selalunya kerana Shaklee bukanlah buatan Malaysia dan ianya diimport dari USA.
Segala yang ditulis di sini hanyalah untuk kesedaran dan pemerhatian. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi manfaat kepada kita ok?
Biasanya pihak-pihak yang selalunya terlibat adalah:
- Orang Islam di Malaysia
- SID (Shaklee Independant Distributor) yang baru dan belum mengenali produk Shaklee dengan mendalam
- Pesaing-pesaing produk vitamin
Bagi mana-mana pihak yang timbulkan isu ini, yang sangat curious tentang soal halal
shaklee, sila baca artikel ini sampai habis, dan semoga anda mendapat jawapan yang sangat jujur, sebab jawapan tu insyaAllah datangnya dari source primer / sumber utama.
Sumber daripada JAKIM sendiri, yang urus isu halal di Malaysia. Jika diamati ayat dari JAKIM tersebut, beberapa kesimpulan dapat dibuat :
Pertama
Oleh
kerana Shaklee adalah produk import dari US, maka logiknya bagi Shaklee untuk tidak mempunyai Logo Halal Jakim. Ini kerana Jakim hanya menguruskan pensijilan produk halal hanya untuk Malaysia sahaja.
Walaupun
begitu, JAKIM mengiktiraf badan badan islam di luar negara yg berkredibiliti
tinggi, dan tiada kepentingan yang mengunakan sijil halal mereka utk
produk import mereka. US mempunyai beberapa badan halal yg diiktiraf oleh Jakim, antaranya, Islamic Service of America (ISA) yang merupakan agensi yang mengeluarkan sijil halal Shaklee.
Ketiga
Mungkin isu yang ditimbulkan, kenapa
sebahagian sahaja yang dapat status halal ISA, dan bukan semua?
1) Produk shaklee yg ada sijil halal ISA sahaja yang masuk Malaysia (Sebab itu produk Shaklee Singapura & Malaysia berbeza)
2) Shaklee sendiri keluarkan statement bahawa produk mereka tidak menggunakan sumber porcine (babi)
3) Syarikat oversea biasanya perlu apply Sijil Halal untuk produk yang ingin mereka pasarkan ke
negara muslim
(contoh
: AJHT, sudah lama ada dalam pasaran Shaklee tapi dapat masuk pasaran Malaysia hanya setelah berjaya dapat sijil halal).
4) Produk vitamin mmg tiada cop halal, kecuali as Safwa, produk vitamin dari Malaysia setakat ni, syarikat jualan vitamin lain tiada logo halal, kecuali Shaklee.
Please Bear In Mind that Shaklee's product adalah dikategorikan sebagai makanan (Food Supplement), dan bukannya ubat.
Diharap semua penjelasan ini dapat membantu.. anda boleh search sndiri tentang ISA, JAKIM, atau apa apa sahaja berkaitan
halal & Shaklee tidak ragu lagi..
Ini jawapan / penjelasan daripada orang-orang lama Shaklee, beserta dengan buktinya sekali. Semoga ini bukan sekadar cakap-cakap biasa sahaja, tetapi jawapan kepada persoalan terhadap isu halal ni.